Pengikut


Sabtu, 26 November 2011

Di mana kegagahan & kecantikan anda???




Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki??
Inilah Ciri-Cirinya….
1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…


Dan dimana Kegagahan Wanita?

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.
Ciri-Ciri Wanita yang gagah adalah…
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:
“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”
Surah Al-Ahzab : Ayat 71
“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

WANITA


Beruntungnya seorang wanita…
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari
Cuti ini bukan cuti suka hati
Tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…
Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
Jadi kenapa perlu takut nak beranak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
Mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
Tetapi dosa-dosa suami dia tidak menanggungnya…
Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari…
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. Ganjaran Allah akan diberi keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat    
Dia tidak mahu masuk syuga tanpa suaminya,
Jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk melepasi titian untuk masuk ke syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami 
Dia tak akan dapat pahala extra ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak
kaki.
Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu (lelaki) , lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
Oleh itu wanita sekalian, sayangilah diri anda dan Suami anda…


Jumaat, 18 November 2011

Santubong resort

Hai,...Assalam.
Hmm..lamenye x update something..huhu..al-maklum lah..bzy sgt kebelakangan ne. dgn assignment la..exam la..interview la..haah..mcm2x la..kite cuti pun mcm rse x cuti pun.cuti ngan assigment..kem..n yang sama waktu dgn nya...abis 1, ade lg 1 menunggu plak..alahai...hmm, anyway tu memang lumrah seorang pelajar..x sah kalau tak di selubungi dengan semua tu..& kene ingat juga 1 pesanan mama ngn abah.."hanya kau satunya2x harapan"..huh!! smgat balik..heheh..
 hurmm...ne nak kongsi something...
Ne..santubong resort,kuching.

kat sini la kitorang kem.."kem gemilang(AL-FALLAH) zon sarawak.
mule, memang pelik gak kem kat
tempat camne..sebelum ne sebut je kem
mesti ingat jungle tracking la..hutan la..
sekolah..& yang sama waktu dengannya lah..
tapi berbeza ckit dengan yang ne..

sebelum datang & jalani kem ne..memang banyak
tanda tanya..
tapi bila kem dah mule..
jeng..jeng..jeng...
baru tau kem ne hampir sama mcm
kuliah kat U.
ade perbincangan kumpulan..
majoriti hal2x berkaitan negara lah..
ekonomi, sejarah,isu-isu semasa & perlembagaan.
sebelum ne x kesah sangat pun pasal perlembagaan.
p dah join kem ne byk input pasal tu.
best jugak la..
slide sampai 100 lebih..huh!!! letih duk tengok
orang yang tengah bentang slide tu.
msa pun dh terlebih..slalu kat kuliah plg byk pun 40 lbh
slide untuk 2 jam..ne 100 lebih..
alahai mane x nye tengok org tepi, depan, blakang
dah ade yang dibuai mimpi..
tambah2x pulak slide berkenaan sejarah..
heheheheheheh..(^_^)

kesempatan...
petang..masa riadah.

waktu ne orang lain tengah cbuk2x pertandingan antara kumpulan
kitorang bzy plak ngan snap2x..
heheheh..ne la disebut sbg "kesempatan" (^_^)


Ne la kitorang kene buat dalam game petang tu..
tapi kitorang lari p blakang ckit sebab x nak buat..
heheheheh...NAKAL..
malu lah nak buat..dah la orang ramai..eee...hee


masa makan ne terasa macam VIP bukan peserta..
heheh...
Nyum..Nyum..Nyum.....


Ne masa nak riadah..sempat jugak snap2x..heheh
riadah pagi buat lompat bintang..heheh..

last day nak blik U..heheh..

anyway..sy nak pegi santubong lagi..
best sangat kat situ..
nak tenangkan fikiran pun bleh..kat tempat tu tenang..& fresh..









Isnin, 7 November 2011

my cute garfield



Hai, korang..ape kaba hari ne?? semoga c-hat selalu.k.
sekiranya ada  sebarang tekanan melanda diri anda..
bereaksilah dengan cara menyibukkan diri kalian dengan keja-keja
kat rumah, keja skolah ataupun assigment2x yang sedia melambak belum dibuat lagi
tu.heheheh..kalau keja-keja semua ne lah yang memberikan tekanan
kepada kalian..
cube tenangkan diri dulu, tarik nafas dan hembus...
then, ape lagi bawak la layan blog kejap.hihihi..


Tengok  c garfield tu tengah jadi pelayan bergraduate..hihi
nak promote ler tu..ngegeh la garfield ne..heheh.

Alamak!! macam ade yang gado2x jerk..sabar lah
sang-sang garfield oi..
buat ape nak gado2x kat ctu? tak dok pekdah
lorh...
pegi balik kolej..suh..suh..suh..
heheh..
sah la budak garfield tersayang aku ne tengah promote..
hahah..wey garfield dok diam2x kat kolej bley tak..
jangan nakal sangat..
SUPERGARFIELD konon..
banyak la engkau..

ha..ne ape plak..huhuhu...
nak buat amal ke??
over la..
bleh ke macam tu??
alahai susahnya nak jaga diorang ne..
nakal-nakal belaka..
kain sape plak ngko rembat untuk
buat kain kat blakang ngko tu haa??
ko..jangan.....
balik nanti jage la korang ek..

Tengok diorang ne muke2 ngade..
apepun sye tetap syg korang...
I luv u all my garfield2x yg nakal..hee..

wish u all have
a happy day!!!

ameng_norct





Sabtu, 5 November 2011

SALAM DI HARI MULIA

Assalamualaikum wbt buat semua,


Pertamanya, SALAM AIDIL ADHA" buat semua sahabat blog dan pembaca atau yang slalu singgah2x tu..hihi..suke korang smua..
jom hayati jap...

‘‘Wahai Rasulullah, apakah erti korban ini?” tanya sahabat. 
‘‘Itulah sunnah daripada datukmu Ibrahim,” jawab Rasulullah. 
“Apakah keuntungan korban itu untuk kita?” tanya sahabat itu lagi. 
‘‘Setiap helai bulu haiwan korban itu merupakan satu kebaikan (hasanah),” jawab Rasulullah. 
Umat Islam di negara ini dan di seluruh dunia menyambut Hari Raya Korban (Hari Raya Haji / Hari Raya Aidiladha). Salah satu ibadah amaliah yang dilaksanakan pada sekitar Hari Raya Haji ialah ibadah korban. Melaksanakan korban (yang dalam istilah fiqhnya disebut udhiyah) adalah menyembelih haiwan ternak pada Hari Raya Aidiladha dan hari tasyrik dengan niat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
Inilah peristiwa besar yang melambangkan sejarah agama tauhid, pengorbanan yang ikhlas kerana Allah dan usaha terus menerus untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Ia merupakan amalan tradisi para nabi sejak Adam hingga Nabi Muhammad s.a.w.
Kita amat gembira melihat banyaknya kaum Muslim yang menyambut panggilan mulia ini, mengorbankan sebahagian harta atau haiwan ternak demi mengharapkan keredaan Allah s.w.t. Kita tanamkan niat murni dan ikhlas ini kerana Allah s.w.t dan usah sekali-kali ia dilakukan untuk lebih dihormati oleh masyarakat. Lebih daripada itu, berkorban itu biarlah benar-benar selaras dengan tuntutan Rasulullah s.a.w.
Apabila melakukan korban haiwan ternak sebagai ritual keagamaan dilakukan pada hari-hari tertentu pada bulan korban / haji, maka segala bentuk pengorbanan yang dilakukan oleh umat Islam pada hari-hari yang lain juga dapat disebut pengorbanan apabila disertai oleh ketakwaan kepada Allah s.w.t. Sikap itulah yang akan membezakan daripada pengorbanan lain yang dilakukan demi kekasih, demi keluarga dan bangsa yang belum tentu diredai oleh Allah.
SELAMAT BERAMAL IBADAH YE..



Jumaat, 4 November 2011

..mandi..jgn lupe ek..



Islam adalah agama mulia. Kemuliaan Islam terpancar dari berbagai aspek dan dimensi. Ajarannya begitu komperhensif baik urusan kenegaraan sampai kebersihan. Islam mengajarkan ummatnya untuk senantiasa bersuci ketika hendak melakukan peri-badatan. Islam juga mengajarkan untuk selalu hidup bersih dan sehat baik jasmani maupun rohani. Salah satu anjuran dalam menjaga kesehatan adalah dengan melaksanakan mandi.
Mandi tak hanya berfungsi membersihkan dan menyegarkan tubuh namun sudah menjadi kebutuhan manusia yang bermanfaat banyak bagi kesehatan fisik dan psikologi.

Menurut seorang pakar perawatan tubuh, mandi menggunakan air hangat atau air dingin akan memberikan akibat berbeda. Bila air hangat akan membuat rileks, air dingin justru membangkitkan semangat. Artinya, sebelum memulai
kegiatan sepanjang hari maka lebih dianjurkan untuk mandi dengan air dingin. Sedangkan mandi air hangat lebih tepat dilakukan untuk mandi sore atau malam hari menjelang istirahat.
Berikut ini beberapa manfaat berkaitan dengan mandi:

1.  Mengeluarkan racun
Mandi air hangat bersuhu  32-35 darjah Celsius akan dapat membuka pori-pori dan membantu mengeluarkan toksin. Ini juga membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar bekerja dengan baik. Waktu mandi yang dianjurkan adalah selama 10-20 minit.

2.  Menghilangkan Stress
Mandi air dingin ternyata dapat menghilangkan stress karena meredakan ketegangan. Temperatur air yang dianjurkan 12-18 darjah celcius. Hal ini kebalikan dari air hangat, karena akan mempersempit pembuluh darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Oleh sebab itu untuk penderita diabetes tidak digalakkan untuk mandi air dingin.


3.  Eksema
Untuk penderita penyakit kulit seperti eksema, ruam, dan gatal-gatal dapat menambahkan baking soda ke dalam bak mandi. Berdasarkan penelitian baking soda itu bertindak sebagai antiseptik. Caranya pertama-tama isi air dengan air hangat kuku, tambahkan kira-kira satu pound baking soda dan aduk sampai rata. Dianjurkan berendam selama 10-20 minit.



4.  Infeksi
Infeksi seperti sariawan dapat diterapi dengan menambahkan pada air hangat tiga atau empat senduk cuka dari sari buah epal dan berendamlah selama 15-20 minit. Ini juga baik untuk mengeluarkan racun dari dalam tubuh kerana cuka dapat menyeimbangkan kembali asam.

5.  Flu dan Sakit Kepala
Untuk menyembuhkan flu dan sakit kepala dapat dilakukan dengan merendam kaki dalam air hangat. Masukan air hangat secukupnya dalam bak sampai menutupi kaki dan pergelangan kaki tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Setelah selesai basuh dengan air dingin. Lakukan selama 10-20 minit.


6.  Mandi pagi mampu melancarkan peredaran darah
Menurut hasil penelitian sebuah lembaga riset trombosit di Inggris, seseorang yang sering mandi pagi dengan air dingin, peredaran darahnya akan menjadi lebih lancar. Tubuh juga akan terasa lebih segar bugar.
Hal ini tentu akan sangat berguna sebagai bekal kita untuk menjalani kegiatan sehari-hari.

7.  Mandi dengan air dingin akan meningkatkan sel darah putih
Mandi dengan air dingin akan meningkatkan sel darah putih dalam tubuh. Bila sel darah putih dalam tubuh meningkat, maka daya tahan dan kemampuan tubuh dalam melawan virus pun akan semakin meningkat. Manfaat positifnya tubuh akan menjadi lebih prima dan tidak mudah sakit kerana daya tahan tubuh selalu terjaga dengan baik.


8.  Mandi dengan air dingin bisa menurunkan resiko darah tinggi
Menurut Frederic Premji, seorang hipnoterapis dari The American Board of Hypnotherapy, mandi air dingin akan menurunkan risiko timbulnya darah tinggi, varises dan mengerasnya pembuluh darah. Hal ini disebabkan kerana mandi air dingin akan melancarkan seluruh sirkulasi darah ke organ-organ tubuh.

9.  Mandi dengan air dingin dapat meningkatkan kesuburan
Mandi pagi dengan air dingin memiliki efek positif bagi kesehatan reproduksi manusia. Manfaatnya yaitu untuk meningkatkan produksi hormone testosterone pada pria dan hormone estrogen pada wanita. Akibatnya, kesuburan dan ghairah seksual pun akan semakin meningkat.


10. Mandi pagi memperbaiki kesihatan jaringan tubuh
Kebiasaan mandi pagi dengan air dingin setiap hari berdampak positif juga pada kesehatan jaringan tubuh manusia. Jaringan kulit akan semakin membaik, kulit tidak kering dan menjadi lebih kenyal. Mandi dengan air dingin mampu mengurangi noda dan lingkaran hitam pada bagian bawah mata, kesegaran wajah akan semakin terpancar. Sebaliknya bila mandi dengan air hangat, maka kulit lebih mudah keriput dan kurang kenyal.
Selain itu, mandi dengan air dingin juga berdampak positif pada jaringan kuku. Kuku pun akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak.


 kucing lagi tau mandi tau!! heee

Itulah diatas beberapa manfaat dari mandi. Semoga dengan dihurainya nilai-nilai positif yang terdapat dalam mandi akan menambah wawasan kita dan juga boleh menjadi terapi bagi diri kita untuk menjaga kesihatan tubuh.
Semoga AllAh swt senantiasa memberikan kebaikan kepada kita. Amin.

Selasa, 1 November 2011

PISANG PUNYA PASAL..


Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.
Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.
Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (
alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (
cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.




Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘
The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.
Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”
PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!