Pengikut


Isnin, 31 Disember 2012

2013


Assalammualaikum cinta 

First of all, sy nak wish SELAMAT TAHUN BARU
untuk semua khususnya my family
nun disana..
moga sihat slalu ye mak, ayah, akak, abang & my niece.
semua....moga apa yg dihajati akann tercapai dan
apa kurang baik tinggalkan..
bak kata orang "kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi"
ape pun good luck ye korang2 semua
untuk everything this year...


Ahad, 30 Disember 2012

Perkongsian

Assalammualaikum WBT & salam sejahtra buat semua..^_^
alhamdulillah ya, kita masih bernafas atas kehendakNYA..

sekarang sy nak kongsi kisah2 yang sy dengar dari ustaz Don.
sebab sy suka cara ustz Don citer..santai..

1st, nak citer kisah isteri Nabi Muhammad, iaitu Aisyah.
Aisyah adalah seorang yang kurang pandai dalam bab memasak, tapi bukanlah bermaksud
tidak tahu memasak sama sekali.
dijadikan cerita, setiap kali sahabat nabi datang ke rumah,
nabi akan 'mengcatering' isterinya yg sorang lagi (nama x ingat) & setiap kali
sahabat datang ke rumah itulah, isteri yg sorang lagi tu lah yg masak.
then, dihantar ke rumah nabi (x pasti khadamnya atau dia sendiri yg hantar).
hal ini telah menyebabkan Aisyah cemburu.
suatu hari, makanan dihantar lagi kerana sahabat nabi datang ke rumah.
dengan perasaan yg cemburu, Aisyah menepis makanan tersebut dan habislah
terpelanting di hadapan sahabat tadi.
Apa nabi buat????
tampar? terajang? tumbuk?
oh tidak..tidak sama sekali..baginda duduk di lantai sambil kutip makanan tu
dan cakap "mai mkn mai, besalah tu mak kamu x ok hri ni"
fuh! hebatnya nabi. tak pulak dalan sirah tu cakap yg nabi ne
lecture Aisyah lepas kejadian tu..dia diamkan sj bagai x pernah berlaku.

2nd, pasal....sorang budak remaja yang slalu dekat dengan nabi..kalau 
x silap nama dia shalabah.
shalabah ada 2, sorang yg dewasa tu adalah org yg slalu pergi ke rumah nabi selepas selesai sja solat.
tujuannya adalah untuk minta pertolongan pada nabi 
untuk menjadikan dia orang yang kaya.
tapi shalabah yg saya maksudkan adalah orang yang slalu disisi nabi & slalu disuruh nabi untuk
mengambil sesuatu.
suatu hari, nabi telah menyuruh Shalabah ke suatu tempat untuk
mengambil sesuatu yang dikehendaki nabi.
then, tanpa membuang masa Shalabah pun pergi berlari ke tempat yg
dimaklumkan oleh nabi itu. dia melintasi rumah2 org arab. dulunya pntu rumah mereka hanyalah kain tabir aka langsir.
lari punya lari tiba2 angin kuat bertiup..
shalabah memalingkan mukanya dek tiupan angin kencang tersebut.
dan dengan tidak sengaja, bila dia berpaling, langsir 1 rumah yg d dpn mtanya terbuka, 
sekaligus mengibarkan langsir bilik mandi rumah tersebut.
terdapat seorg perempuan yg sedang mandi didalamnya.
secepatnya Shalabah memalingkan mukanya dan mengucap 
"inna lillah wa inna ilaihi rojiun"
kalau kita terfikirkah nak sebut kalimah tu??
kalimah alhamdullilah ada lah kut..hihi
lepas kejadian tadi, Shalabah terus berlari tidak tentu arah ke hujung kpg.
sambil berlari dia berteriak "SAYA TAK MAHU MASUK NERAKA"
dia tidak menghiraukan lagi apa yg nabi suruh ambil sebentar td.
dia malu dan takut malaikat akan melaporkan kejadian tersebut kepada
nabi. 
Nabi hairan kerana Shalabah tidak pulang2 dan menghantar brg yang dikehendakinya.
hari pertama, nabi menunggu kepulangan Shalabah.
tapi dia tak muncul2. hari ke-2,masih tak muncul, hari ke-3 pun masih tidak pulang.
pada hari ke-4, nabi telah mengarahkan salah seorang sahabatnya (Omar-kalau x silap) untuk mencari
Shalabah. setiap orang ditanya, namun mereka tidak melihat Shalabah.
setelah tiba di hujung kpg, di ladang lembu, sahabat telah
bertanya kepada seorang pengembala lembu.
pengembala lembu itu berkata "adakah org yang kamu cari adalah budak yg slalu jerit "SY TAK MAHU MASUK NERAKA" tu?
sahabat hairan. lalu pengembala tadi menceritakan bahawa seorang
budak slalu pergi ke tempatnya dan minta susu lembu utk di minum.
kemudian naik semula ke bukit yg berhampiran.
Sahabat bergegas pergi ke bukit yg dimaklumkan dan terkejut melihat keadaan 
Shalabah yang tidak bermaya aka nyawa2 ikan.
sahabat tadi membawa Shalabah pulang ke rumah nabi.
nabi terkejut melihat keadaan Shalabah, & Shalabah sempat menceritakan
apa yg berlaku pd nabi.
nabi mengatakan "kamu tidak sengaja, kenapa perlu takut"
sehinggalah Shalabah meninggal di pangkuan nabi.
setelah, jenazah siap di kafankan, penduduk memberi laluan kepada nabi
yang baru hendak masuk dari pintu.
mereka hairan kenapa nabi berjalan terjengket-jengket, sedangkan
ruang yang diberikan cukup besar untuk nabi berjalan.
lalu seseorang bertanya kenapa nabi berjalan begitu.
lalu nabi pun menjawab, "KAMU TAK NAMPAK, BERTAPA RAMAINYA 
MALAIKAT YANG BERJALAN MENGIRINGIKU
SEMATA-MATA UNTUK MELIHAT JENAZAH
SHALABAH.."
begitulah bertapa hebatnya remaja yang bernama SHALABAH.
Malaikat pun berebut hendak mengangkatnya..membawanya kembali.

buat masa ni, cukuplah dulu setakat ini.
kisah di atas, adalah berdasarkan penceritaan daripada Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.
Yg buruk dtgnya drpd sy sendiri, yg baik dtgnya dari ALLAH swt.

Sabtu, 29 Disember 2012

cinta

Salam ukhuwah & salam perpaduan buat semua...


CINTA??
sebelum kahwin khususnya..
seperti yang dikatakan sendiri oleh Ustz Don Daniyal Don Biyajid,
mustahil untuk setiap pasangan yang kenal baru sehari dua terus berkahwin
pada hari seterusnya tanpa mengenali pasangan masing-masing terlebih dahulu..
tidak banyak tapi cukuplah untuk mengenali
apa yang patut sebelum menjadi yang sah antara 1 sama lain.
ya, tidak juga lupa di kongsikan bersama bahawa cerita cinta masing-masing
adalah berbeza..maka ukirlah ia seindah yang mungkin mengikut
syariat yg ditetapkan..
bak kata ustz :
"CINTA TIDAK BERSALAH, 
& JANGAN SESEKALI ROSAKKAN CINTA ITU.."
mulakan semuanya dengan SALAM..
Andai berputik rasa cinta,
jagalah batas pergaulan dan ikutlah syarat2 yang ditetapkan
khususnya buat kita umat Muhammad SAW..
^_^
sekian...

Jumaat, 28 Disember 2012

ALLAH itu maha adil

Ya ALLAH sesungguhnya Engkau maha pemberi segalanya..
maka dengan itu aku mohon berikanlah ku kekuatan dalam mengahadapi segala ujian yang telah KAU turunkan padaku ini.


Kesabaranku tergugat dengan keangkuhannya YA ALLAH..
sekali lagi aku mohon pertingkatkanlah semangatku untuk terus menghadapinya..
kerna aku tau ini juga yang kau berikan walaupun disebaliknya ada hikmah tersembunyi..


Syukur pada MU Ya ALLAH, atas rezeki yang KAU berikan..
inilah nikmat atas ujian MU

Air mata itu kadang harus direlakan pergi kerana bila ia mengalir kepahitan juga turut pergi bersamanya..
Tapi air mata kegembiraan amat berbeza dengan kesedihan..kerana walaupun ia mengalir, perasaan gembira dihati kekal tertanam mesra..

Khamis, 20 Disember 2012

Majlis Perpisahan with Miss Regina

Assalammualaikum & slm sejahtera..^_^

Me & my fwenz in majlis perpisahan

Makan-Majlis Perpisahan lecturer tuk subjek teori & teknik perancangan wilayah..
Apa pun we wish to miss “good luck for your continuing study abroad-New Zealand..
wow! sounds interesting.

hurm..perpisahan memang akan slalu ada.
sebab, dengan perpisahan la adanya pertemuan..
bak kata orang "Patah tumbuh hilang berganti"
so, to my fwen, dun worry miss regina will always in our hearts.
it will save there forever..
to miss:
"Thankz for all. 
dari sem 4-5 miss jd lecturer kitorang memang best.
marah2 tu besa la. kitorang minta maaf sebab slalu buat miss marah.
tapi Miss marah kejap je pun. tu yg best. memang sesuai la jd pengajar.
anyway WE LOVE U MISS REGINA"

3 dari kiri Miss Regina & yg tinggi tu our lovely & sporting lecturer Mr. Bemen.

Selasa, 18 Disember 2012

Assalamualaikum semua..^_^

hmm, nak kongsi lah sikit.
sy baru je semangat nak g jumpe ngan supervisor..tup2x bile dh sampai kat secretary die..alamak! banayk soal jawab pulak
last2 x dapat jumpe.
haa, ni lah die BIROKRASI sangat..huhu..
sebelum ne xde la macam ne.
bleh je kut masuk. tanya pasal PTA tu.
ingat nak dengar suara 'daddy' cakap n tunjuk ajar ape yg patut..
tapi x kesampaian..
kalau la dapat webcam ngn 'daddy' nak jew..hihi ^_^
ragam orang atasan memang camne.
dh tau dh pun.tp ne kan tanggungjawab 'daddy'.
x pelah..
sy maafkan 'daddy' kali ne.
mungkin die byk keje kut ari ne.
sebab esok die dh nak cuti. mesti die nak siapkan keje die.
dh die cuti lame.
sem depan je lah dapat jumpe daddy lagi..hee..
anyway, to daddy Dr.Spencer.
i wish "MERRY CHRISTMAST"
have a nice moment..^_^
thankz for everything..

-norct-

Isnin, 17 Disember 2012

i wish luck for u


Alhamdulillahirabbilallamin..^_^

Masih diberi peluang untuk meluahkan isi hati dalamblog ini hari ini.
syukran YA ALLAH.

setakat ne prosesperkuliahan pun dh nak tamat sem 5.
hujung2 sem ne berdebar nak tunggu EXAM.
minggu ne mnggu akhir sem ne. sy harap sy dapat buat yang terbaik untuk exam.
baru nak semangat g kelas petang nanti, tp cancel plak dah.
hurmm...bukan x suke klas cancel, tapi masalahnya sekarang ne kls tu akan di ganti jugak.
tu yg buat mls.

apapun, to all my frens, i wish u olz goodluck in exam. :-)


            


Assalammualaikum kalian…^_^

Hmm, alamak! Tengok pakaian tu menarik-narik hati sy untuk memakainya..bilakah saatnya ya? Bila cakap soal kawen ne..semua orang suke..tak terkecuali diri sy. In sha ALLAH akan datang sy juga akan berstatus “berkahwin” jika diizinkan NYA. Kite ni nak kahwin bukan saje-saje, tapi sebenarnya ada faktor tertentu. Salah satunya adalah untuk mengelakkan perbuatan maksiat yang dilarang oleh ALLAH. Bukan tu je, kite juga dapat eratkan silaturrahim 2 buah keluarga.
Dalam islam, perkahwinan itu sendiri mempunyai hikmah disebaliknya..
Antaranya:
1: Untuk mengekalkan dan meneruskan zuriat manusia di muka bumi ini dan seterusnya meramaikan manusia, kerana baginda Rasulullah akan berbangga dengan umat baginda yang ramai di akhirat nanti.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
Maksudnya:
Dari Ma’qal bin Yasar, dia berkata: Telah bersabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam: Berkahwinlah kamu dengan wanita yang pengasih dan subur, kerana aku akan berbangga dengan jumlah kamu yang ramai. (Riwayat Al-Imam Abu Daud).
2: Untuk menjaga kehormatan diri.
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:
Maksudnya:
Dari Abdullah bin Mas’ud Radiallahu-Anhu ia berkata: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda kepada kami: Wahai orang-orang muda!  Barangsiapa yang berkuasa antara kamu untuk berkahwin, maka berkahwinlah, sesungguhnya perkahwinan itu melembutkan pandangan dan menjaga kehormatan dan barangsiapa yang tidak mampu, kerjakanlah puasa kerana puasa itu boleh melembutkan syahwat. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).
3: Memudahkan datangnya rezeki.
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:
Maksudnya:
Dari Aisyah Radiallahu-Anha, telah bersabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam: Berkahwinlah kamu kerana perempuan itu juga boleh menolong kamu mencari harta atau boleh menolong kamu menjimatkan harta. (Riwayat Al-Imam Al-Bazzar).
4: Bertujuan untuk hidup bahagia dengan aman damai, berkasih sayang dan cinta mencintai.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Ar-Ruum, ayat 21:
Tafsirnya:
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatnya, bahawa ia menciptakan untuk kamu wahai kaum lelaki, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri. Supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang-orang yang berfikir.
5: Untuk menambah kaum kerabat, memperhubungkan Silaturrahim antara satu dengan lain.
Muslimin yang berbahagia,
Bersempena dengan kita meraikan Istiadat Perkahwinan Diraja ini, marilah kita sama-sama menadah tangan kehadrat Allah Subhanahu Wataala, mendoakan agar diberkati dan mendapat perlindungan Allah Subhanahu Wataala. Amin Ya Rabbal-’Aalamin.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al Furqaan, ayat 74:
Tafsirnya:
Dan juga mereka yang diredhai Allah itu ialah orang-orang yang berdoa dengan berkata: “Wahai tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan menjadikan kami imam ikutan bagi orang-orang yang mahu bertakwa.

So, kat cne sy tak tau lah nak cakap panjang lebar sebab sy pun belum ade pengalaman berkahwin ne. pengalaman mimpi kawen adela..heheh..^_^ xpe kan, sebab tu pun mainan tidur je pun.

P/S: pada kawan2, sahabat or teman, yang ingin berkahwin, yg dh kahwin yang belum berkahwin, sy doakan moga kalian berbahagia slalu, & dapat jodoh yang baik.
In sha ALLAH.

I LOVE U ALL (ASTAQU YA HABIBATI, YA UKHTI, YA AKHI)
UHIBBUKI FILLAH ^_^


Sabtu, 15 Disember 2012

luahan


Hidup dengan family tak sama hidup dengan orang lain a.k.a sepupu or frens or yang sewaktu dengannya. Yelah, kat rumah family kite nak buat ape sje pun tak kisah asalkan tak ter ‘over’ dah la.. nak tu , nak ni kadang ditunaikan. Cepat je dapat. Lain la yang parents strict siket memang susah arr nak dapat. Apa pun bagi saye kat rumah sendiri lebih manis berbanding kat tempat lain. Al- maklumlah kat rumah tu la tempat dibesarkan, tempat bergaduh ngan abang, kakak, adik…tapi bergaduh pun bukan lame..

Inilah bezanya hidup dengan orang lain..semua nak kene jaga hati orang. Sebelum buat sesuatu kene fikir dulu ok tak kalau buat ni..ok tak kalau buat tu..ni semua sebab tak nak cari gaduh ngan orang lain duk serumah tu la. Kalau dah tak ‘ngam’ ngan yang duk serumah tu masalah pulak nak carik rumah lain. So, last-last kene juga hati-hati cakap, jaga tingkah laku supaye tak menyinggung perasaan yang lain. Sesungguhnya inilah dugaan bagi saye. Bila kite jaga semua tu tapi yang lain pulak buat derk..tak hargai langsung!

Satu gi kalau ade2 yang nak tumpang senang sebab dipengaruhi dengan ‘malas’..haa..ni yang bahaya sikit. Tengok yang sorang rajin, so die buat2 tak tau nak buat something. tu malas, ni malas..akhirnye yang sorang lagi dbuatnya macam ‘tukang gaji x bergaji’..bleh pulak camtu..tak berhati perut langsung. Tapi bagi saye, sye sangat faham dengan orang macam ni. Sebab ade pengalaman duk ngan orang lain. Ni la namenye asam garam kehidupan. Takde yang pahit, takkan merasa yang manisnye. Dan… sy juga faham semua ne dugaan dari ALLAH swt. Dia nak uji sejauh mane kite bleh tahan.

Kalau yang buat muka x bley blah tu tak tau la sy nak kte ape. Kte tak kacau pun diorang. Kalau kitorang ade wat silap, ape salahnya tegur kan?? Ni tak..diam-diam, then buat muka berkerut macam tu tak cantik la cik kak. Masalahnye, sy sangat2 tak selesa dengan muka macam tu.! Yelah, orang kecik macam sy ne kan, mane naknye tak tau ape korang fikir. Lagipun, sikap kite sangat berbeza..So, tak leh adapt ngan environment korang.

Apapun, ALLAH tu lebih tau kenape die nak hantar orang-orang seperti korang dalam hidup sy & kenape sy dihantar dalam hidup korang. Sy akan cuba untuk memahami…tapi sy harap awak semua pun dapat memahami diri sy. Sy tak minta lebih melainkan awak semua pun menghormati sy seperti sy menghormati awak semua..^_^

Kata-kata hikmah


Kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang....tetapi manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Oleh itu kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh...

Tiada apa yang paling berharga di dunia ini selain dari kebahagiaan..tiada apa yang paling memilukan selain dari kesedihan. 

 Barangsiapa yang mendedahkan walau sehelai bulu romanya(auratnya), sesungguhnya dia telah membina sebuah mahligai untuk ibubapanya di NERAKA...

Disiplin adalah ramuan tersembunyi di mana menukar seseorang yang biasa kepada orang yang penting

Meninggi suara merendahkan kuasa. Orang yang berlagak sahaja yang pandai berkata-kata. Orang yang bijak sentiasa mendengar dahulu.

Tuhan manciptakan kita 2 mata untuk melihat, 2 tangan untuk memegang, 2 kaki untuk berjalan tetapi Tuhan hanya mencipta sekeping hati??? kerana Tuhan mengamanahkan kepadad kita untuk mencari yang 1 lagi.

MINDA KECIL berbicara tentang MANUSIA
MINDA SEDERHANA berbicara berkaitan PERISTIWA
MINDA BESAR berbicara tentang IDEA

Jatuh kita pada hari ini bukan untuk mematahkan semangat dan harapan tapi pendorong kita dihari kemudian.

Orang yang sering tidak mempercayai orang lain, dia sendiri tidak boleh dipercayai.

Sesungguhnya siang yang menjelma itu lebih baik dari malam yang gelap. Cari seberapa banyak Hikmah yang ada di siang hari . Jika inginkan sesuatu pastikan ianya menjadi kenyatanan yang akan dikenang buat selamanya.

Cinta Agung hanya dari Allah S.W.T.

Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita Cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa

Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

"Hidup umpama aiskrim.Nikmatilah ia sebelum cair"

JIKA ANDA BERSAHABAT BERSIAPLAH UNTUK BERKORBAN
DEMI SAHABAT ANDA TERSEBUT, JIKA ANDA BERMUSUHAN DENGAN SAHABAT ANDA BERSIAPLAH UNTUK MENGALAH DEMI PERSAHABATAN KALIAN.

Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci;Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

" USAH DITURUTI REAKSI EMOSI, LANTARAN IMPLIKASI TAK SERASI DENGAN APA YANG DIIMAGINASI "

WANITA/PEREMPUAN DICIPTAKAN BUKAN DARIPADA TULANG RUSUK ATAS UNTUK MEMERINTAH, BUKAN DARIPADA RUSUK BAWAH UNTUK DIPIJAK, TETAPI TERLETAKNYA RUSUK ITU DI BAHAGIAN DADADAN BERDEKATAN DENGAN TANGAN BERMAKNA TANGAN YANG MEMBELAI DAN HATI YANG MEMPUNYAI PERASAAN DAN KASIH SAYANG.

" Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."


Isnin, 1 Oktober 2012

Surat untuk mu...kerana merindu

1 OCTOBER 2012

I think this date is best one to us make our self more matched and close to ALLAH.....

Awak..
sebelum tu saya nak minta maaf sebab dah buat awak jadi macam ni.
saya tak minta banyak, saya cuma perlu awak untuk membimbing saya di masa depan kelak.
sebab tu saya nak ada nur iman dalam diri awak.
saya ambil keputusan ni sebab saya sayang awak.
saya pun insyaALLAH akan memuhasabah diri saya sebaik mungkin.
saya tak buat ni untuk membebankan awak..
tapi ia demi kita..demi kebaikan bersama..

Awak..
apa pun yang akan terjadi..
saya akan menyayangi diri awak..
di atas nama cinta..yang pernah kita alami bersama..
suka duka kita akan tetap menjadi kenangan terindah..

Awak..
sekali lagi maaf kan saya..
selepas apa yang bermula hari ini..
semoga kita akan lebih memahami diri kita masing-masing..
semoga apa yang awak & saya nak akan dapat kita kecapi di masa akan datang..
saya tak salahkan awak..
sebab awak lah kita dapat perbaiki hubungan kita..
sebab awak lah kita akan dapat memahami diri masing-masing..

Awak..
seandainya awak tak dapat kembali..
dan saya juga...
maka terima lah bahawa jodoh kita hanya setakat itu..
semuanya ketentuan ALLAH..
tak perlu lah kita menyalahkan takdir..
itu semuanya kerja ALLAH.
kita tak akan tahu sebelum kita mengalaminya.

Awak..
saya harap sangat kita dapat kembali semula.
seperti sedia kala..
dan punya iman yang kukuh dalam hati..
saya harap sangat kita akan saling melengkapi kelak.
dengan kelebihan yang masing-masing kita miliki..
dapat lah kita menutupi kekurangan kita nanti..
Amin..yarabbal alamin..

Awak..
jaga diri awak sebaik mungkin.
saya tak nak dengar awak sakit..


Yang sentiasa mendoakan kesejahteraanmu,
Norsiti Hj Osman

Sabtu, 16 Jun 2012

Jom solat istikharah minta petunjuk dari Allah swt


keliru membuat pilihan? 
jom solat istikharah..





hero saye..papa

Assalamualaikum wbt..
lama tak post something kat blog nih..:-)
sebab tengah busy dengan exam..
skang nih tinggal 1 paper jerk lagi..
fuh! rase sem ne exam sangat mencabar pemikiran sye..
ape pun sye harap sy dapat result baik..amin.

Anyway hari ni nak cakap tentang ayah plak..
sebab HARI AYAH esok mengikut negara Malaysia la..
negara lain tak tau la plak sye..
actually, bagi sy memang hari2 adalah hari ayah buat sye..
hee..

Haa..ne ayah saye..Hj Osman b. Hj Salleh

ayah sye ni sy panggil pa jer..
untuk my lovely pa..:

KU ATUR LANGKAHKU SEBAK
SYAHDU & GEMENTAR
ADA TANGISAN DI WAJAH
MENYENTUH KENANGAN DI GERBAG PINTU
AYAH SELALU BERKISAH
MASIH BASAH KERINGAT
MEMANTUL WAJAH SENJA KEPULANGANMU
TANPA SUNGUTAN

papa actually your daughter realy LOVE YOU!!!

TERIMA KASIH UNTUK SEGALA..
segala apa yg telah dipenuhi sejak kecil mungkin tak mampu untuk 
sy balas kembali
kerana jasamu cukup besar..
skali lagi sy rindu papa sy & sy syg papa sy..mmmwwwaaahhh..


Rabu, 18 April 2012

Jodoh


Assalam..

Jom bahas sesuatu yang membuat kita berfikir...
kehidupan kita sudah tentu ada pengalaman baik & buruk...kebaikan itu kita teruskan, dan pengalaman buruk itu kita jadikan pengajaran...

Apa yang tengah bermain di kotak fikiran saya ketika ini adalah berkenaan jodoh mama yang tentukan..
saya percaya akan ada sesetengah orang terdetik di hati mereka "apa punya kolot daa.. jdoh pun keluarga yang tentukan.." 
tapi apa yang saya tau jodoh yang keluarga tentukan pada masa sekarang pun tak mustahil akan berlaku..dan saya juga akan berfikir seperti itu jika jodoh yang saya pilih sendiri tidak di terima keluarga..
saya akan cakap "kalau mama ngan papa tak terima jadi, carikanlah jodoh untuk anak papa ngan mama ne.." kenapa saya cakap macam tu??

Bila kita fikir balik, kita ne manusia yang telah dilahirkan berpasang-pasangan..dan saya berani katakan hampir semua manusia ada keinginan untuk bersama dengan teman hidup masing-masing (berkahwin). kalau yang tak nak tu, lain cerita..

Bila situasi ne berlaku kat saya, sememangnya saya sedih, tapi sepatutnya perkara macam ne bukanlah untuk kita menangis bersedih, sebaliknya untuk kita selesaikan. saya tak salahkan mama ngan papa saya, sebab saya tau dan sangat faham mereka buat semua tu sebab sayang saya dan tak lain tak bukan ingin melihat saya bahagia..malah saya cukup faham dengan urusan ALLAH dengan makhluknya..jika dugaan itu tidak pernah kita terima,  maka ALLAH tak pandang kita..begitulah sebaliknya..

Selasa, 3 April 2012

KOREAN WAVE IN MALAYSIA


The Korean Wave or “Hallyu” actually refers to the popularity of South Korean popular culture in other Asian culture especially Malaysia. Korean Wave began to enter Malaysia in the early 2000’s with the development of romantic korean drama and K-Pop (South Korean pop music).
The popularity of Korean drama began with drama Winter Sonata that being aired on TV2. Then followed by Autumn in My Heart, My Love Patzzi, All About Eve, and others. This drama contributed maintaining popularity of South Korean dramas in Malaysia. One of the reasons the Malaysian love Korean drama is an interesting story. For example hallmark of Korean dramas is relative purity of character. Other than that, due to a beautiful, cute, and handsome looked of actor and actress. Like Bae Yong Joon, Kim Jae Won, Lee dong Wook, Lee min Ho, and so on. In addition, the place that the drama being implemented is very nice like using the beautiful winter scenery of South Korea in drama Winter Sonata.



Along with the increasingly accepted Korean drama in Malaysia, came the music of Korea. The main attraction is the interesting of back sound used in the drama, until the audience began to take an interest in Korean music.
Music of Korea is known as K-Pop. The example of Korean K-Pop group is Super Junior, Shinee, Girl’s Generation, Wonder Girl’s, 2PM and so on. K-Pop has their own unique concept music and dance also acceptable by public especially Malaysian teenagers.

Furthermore, K-Pop style also is followed by teenagers in Malaysia. For example follow Super Junior in clothing and hair style.
The unique that owned by the Korean culture become an attraction among Malaysian. It’s proven when a Malaysian influenced by the Korean culture especially in dressing and music.  

BY Norct & Khairunnisa 

Isnin, 30 Januari 2012

bila cuti....

Semua pun happy bila sebut pasal "cuti" kan..haa, bertapa bestnya cuti tu semua orang menikmati nya sebaik mungkin. Sama ada cuti balik kampung atau cuti kat rantau orang..
cakap jew CUTI....teetttt...orang akan  bersorak gembira..
HURRAAYYY!!!!!!!!!!!!!! !!!!!!!!!!!!!!!!!
Tu la yang slalu disebut bila dapat twu cuti  akan bermula..
tidak ketinggalan juga diri sy sendiri..
dari sekolah rendah lagi memang cuti yg slalu dinantikan..
TAPI...
slalu balik rumah xda juga buat  apa..
maybe dekat dengan keluarga tu lebih selesa berbanding kawan2x kat skolah kan.
dulu, balik jew rumah slalu dengar mak ngn ayah beleter..
salah tu lah..salah ne la..banyaknya salah kite ms tu..
jangan maen tu lah..ne lah.
hee..tapi leteran tu lah yg kite  rindu skrg ne..
cuti je skolah macam2x  nak buat..tapi slalu x jadi..hurmmm...
lebih2x lagi bila tiba musim buah..
alahai...happy jugak..tapi bila dah terOVER tu pham2x la..
sakit ne la..sakit tu lah...heheh
maknanya x bley layan sangat la buah tu kan..hahaha...
slalu kan..bila pergi kebun nak  ambik buah..
sy suka join diorang mak ngan  ayah g kebun..
sebab kat ctu best..kalo makan fuhhh!! sangat berselera...
walaupun makan nasi dengan  ikan bilis ajew..heheh..gerenti laris..hehe..
cuti masa ne sy habis kan masa dengan melayan buah..
macam2x ada..heheh..ada durian, langsat, cempedak,nangka, "tampoi", rambai, dabai...& banyak lagi lah..
banyak sangat..sebab tu malas nk tulis..
first time balik..baru makan durian skit..esokny dah batuk2x..suara pun dah jadi romantik..hihi
apa pown..sy sangat happy dengan semua tu..heheh...

Khamis, 12 Januari 2012

Balik kampung

Assalammualaikum, & salam sejahtera..

Alhamdulillah, hari ini kita masih bernafas di bumi Allah yang indah ini.segala nikmat yang ada di bumi ini adalah anugerah Allah swt..& ianya adalah milikNYA jua..maka seharusnya kita bersyukur dengan apa yang kita miliki pada hari ini....
Apa pun..hari ini saya dah habis sem 1 tahun 2..lega bila exam dah habis.Masa-masa akhir tengah buat exam tu rasa nak kluar cepat je dari dewan peperiksaan..sebab gembira sangat.rasa beban terlepas dari baru..tapi harap dapat result baik lah lepas ne..sebab dah buat sebaik mungkin..ada la rasa happy sikit buat exam kali ne..
itulah lumrah seorang pelajar..
semalam dah habis exam..so hari ne nak jumpa dengan seluruh keluarga yang tercinta kat kampung nun di sana..saya rindu kalian sangat2x..ini la dugaan waktu nak berjuang mencari ilmu..berjauhan dengan keluarga tercinta..namun, ini juga lah salah satu dari ujian ALLAH buat kita..jadi..terimalah seadanya..

Bak kata pepatah "IN ORDER TO GAIN SOMETHING WE NEED TO SACRIFIES SOMETHING"

walau apa pun terjadi, tamatkanlah untuk segala sesuatu yang telah dimulakan..
semoga kalian juga akan berjaya dalam hidup kalian separti mana saya yang juga menginginkan kejayaan itu mengiringi kehidupan saya suatu hari nanti..amin.:-)