Assalammualaikum WBT & salam sejahtra buat semua..^_^
alhamdulillah ya, kita masih bernafas atas kehendakNYA..
sekarang sy nak kongsi kisah2 yang sy dengar dari ustaz Don.
sebab sy suka cara ustz Don citer..santai..
1st, nak citer kisah isteri Nabi Muhammad, iaitu Aisyah.
Aisyah adalah seorang yang kurang pandai dalam bab memasak, tapi bukanlah bermaksud
tidak tahu memasak sama sekali.
dijadikan cerita, setiap kali sahabat nabi datang ke rumah,
nabi akan 'mengcatering' isterinya yg sorang lagi (nama x ingat) & setiap kali
sahabat datang ke rumah itulah, isteri yg sorang lagi tu lah yg masak.
then, dihantar ke rumah nabi (x pasti khadamnya atau dia sendiri yg hantar).
hal ini telah menyebabkan Aisyah cemburu.
suatu hari, makanan dihantar lagi kerana sahabat nabi datang ke rumah.
dengan perasaan yg cemburu, Aisyah menepis makanan tersebut dan habislah
terpelanting di hadapan sahabat tadi.
Apa nabi buat????
tampar? terajang? tumbuk?
oh tidak..tidak sama sekali..baginda duduk di lantai sambil kutip makanan tu
dan cakap "mai mkn mai, besalah tu mak kamu x ok hri ni"
fuh! hebatnya nabi. tak pulak dalan sirah tu cakap yg nabi ne
lecture Aisyah lepas kejadian tu..dia diamkan sj bagai x pernah berlaku.
2nd, pasal....sorang budak remaja yang slalu dekat dengan nabi..kalau
x silap nama dia shalabah.
shalabah ada 2, sorang yg dewasa tu adalah org yg slalu pergi ke rumah nabi selepas selesai sja solat.
tujuannya adalah untuk minta pertolongan pada nabi
untuk menjadikan dia orang yang kaya.
tapi shalabah yg saya maksudkan adalah orang yang slalu disisi nabi & slalu disuruh nabi untuk
mengambil sesuatu.
suatu hari, nabi telah menyuruh Shalabah ke suatu tempat untuk
mengambil sesuatu yang dikehendaki nabi.
then, tanpa membuang masa Shalabah pun pergi berlari ke tempat yg
dimaklumkan oleh nabi itu. dia melintasi rumah2 org arab. dulunya pntu rumah mereka hanyalah kain tabir aka langsir.
lari punya lari tiba2 angin kuat bertiup..
shalabah memalingkan mukanya dek tiupan angin kencang tersebut.
dan dengan tidak sengaja, bila dia berpaling, langsir 1 rumah yg d dpn mtanya terbuka,
sekaligus mengibarkan langsir bilik mandi rumah tersebut.
terdapat seorg perempuan yg sedang mandi didalamnya.
secepatnya Shalabah memalingkan mukanya dan mengucap
"inna lillah wa inna ilaihi rojiun"
kalau kita terfikirkah nak sebut kalimah tu??
kalimah alhamdullilah ada lah kut..hihi
lepas kejadian tadi, Shalabah terus berlari tidak tentu arah ke hujung kpg.
sambil berlari dia berteriak "SAYA TAK MAHU MASUK NERAKA"
dia tidak menghiraukan lagi apa yg nabi suruh ambil sebentar td.
dia malu dan takut malaikat akan melaporkan kejadian tersebut kepada
nabi.
Nabi hairan kerana Shalabah tidak pulang2 dan menghantar brg yang dikehendakinya.
hari pertama, nabi menunggu kepulangan Shalabah.
tapi dia tak muncul2. hari ke-2,masih tak muncul, hari ke-3 pun masih tidak pulang.
pada hari ke-4, nabi telah mengarahkan salah seorang sahabatnya (Omar-kalau x silap) untuk mencari
Shalabah. setiap orang ditanya, namun mereka tidak melihat Shalabah.
setelah tiba di hujung kpg, di ladang lembu, sahabat telah
bertanya kepada seorang pengembala lembu.
pengembala lembu itu berkata "adakah org yang kamu cari adalah budak yg slalu jerit "SY TAK MAHU MASUK NERAKA" tu?
sahabat hairan. lalu pengembala tadi menceritakan bahawa seorang
budak slalu pergi ke tempatnya dan minta susu lembu utk di minum.
kemudian naik semula ke bukit yg berhampiran.
Sahabat bergegas pergi ke bukit yg dimaklumkan dan terkejut melihat keadaan
Shalabah yang tidak bermaya aka nyawa2 ikan.
sahabat tadi membawa Shalabah pulang ke rumah nabi.
nabi terkejut melihat keadaan Shalabah, & Shalabah sempat menceritakan
apa yg berlaku pd nabi.
nabi mengatakan "kamu tidak sengaja, kenapa perlu takut"
sehinggalah Shalabah meninggal di pangkuan nabi.
setelah, jenazah siap di kafankan, penduduk memberi laluan kepada nabi
yang baru hendak masuk dari pintu.
mereka hairan kenapa nabi berjalan terjengket-jengket, sedangkan
ruang yang diberikan cukup besar untuk nabi berjalan.
lalu seseorang bertanya kenapa nabi berjalan begitu.
lalu nabi pun menjawab, "KAMU TAK NAMPAK, BERTAPA RAMAINYA
MALAIKAT YANG BERJALAN MENGIRINGIKU
SEMATA-MATA UNTUK MELIHAT JENAZAH
SHALABAH.."
begitulah bertapa hebatnya remaja yang bernama SHALABAH.
Malaikat pun berebut hendak mengangkatnya..membawanya kembali.
buat masa ni, cukuplah dulu setakat ini.
kisah di atas, adalah berdasarkan penceritaan daripada Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.
Yg buruk dtgnya drpd sy sendiri, yg baik dtgnya dari ALLAH swt.