Assalammualaikum kalian…^_^
Hmm, alamak! Tengok pakaian tu
menarik-narik hati sy untuk memakainya..bilakah saatnya ya? Bila cakap soal
kawen ne..semua orang suke..tak terkecuali diri sy. In sha ALLAH akan datang sy
juga akan berstatus “berkahwin” jika diizinkan NYA. Kite ni nak kahwin bukan
saje-saje, tapi sebenarnya ada faktor tertentu. Salah satunya adalah untuk
mengelakkan perbuatan maksiat yang dilarang oleh ALLAH. Bukan tu je, kite juga
dapat eratkan silaturrahim 2 buah keluarga.
Dalam islam, perkahwinan itu sendiri
mempunyai hikmah disebaliknya..
Antaranya:
1: Untuk
mengekalkan dan meneruskan zuriat manusia di muka bumi ini dan seterusnya
meramaikan manusia, kerana baginda Rasulullah akan berbangga dengan umat
baginda yang ramai di akhirat nanti.
Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam bersabda:
Maksudnya:
Dari Ma’qal bin Yasar, dia berkata: Telah bersabda
Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam: Berkahwinlah kamu dengan wanita yang pengasih
dan subur, kerana aku akan berbangga dengan jumlah kamu yang ramai. (Riwayat Al-Imam Abu Daud).
2: Untuk
menjaga kehormatan diri.
Sabda Rasulullah Sallallahu
Alaihi Wasallam:
Maksudnya:
Dari Abdullah bin Mas’ud Radiallahu-Anhu ia berkata:
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda kepada kami: Wahai orang-orang
muda! Barangsiapa yang berkuasa antara kamu untuk berkahwin, maka
berkahwinlah, sesungguhnya perkahwinan itu melembutkan pandangan dan menjaga
kehormatan dan barangsiapa yang tidak mampu, kerjakanlah puasa kerana puasa itu
boleh melembutkan syahwat. (Riwayat Al-Imam
Al-Bukhari).
3: Memudahkan
datangnya rezeki.
Sabda Rasulullah Sallallahu
Alaihi Wasallam:
Maksudnya:
Dari Aisyah Radiallahu-Anha, telah bersabda Nabi
Sallallahu Alaihi Wasallam: Berkahwinlah kamu kerana perempuan itu juga boleh
menolong kamu mencari harta atau boleh menolong kamu menjimatkan harta. (Riwayat
Al-Imam Al-Bazzar).
4: Bertujuan
untuk hidup bahagia dengan aman damai, berkasih sayang dan cinta mencintai.
Firman Allah Subhanahu
Wataala dalam Surah Ar-Ruum, ayat 21:
Tafsirnya:
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan
dan rahmatnya, bahawa ia menciptakan untuk kamu wahai kaum lelaki,
isteri-isteri dari jenis kamu sendiri. Supaya kamu bersenang hati dan hidup
mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu suami isteri perasaan kasih
sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang-orang yang
berfikir.
5: Untuk
menambah kaum kerabat, memperhubungkan Silaturrahim antara satu dengan lain.
Muslimin
yang berbahagia,
Bersempena dengan kita meraikan Istiadat Perkahwinan Diraja ini, marilah kita
sama-sama menadah tangan kehadrat Allah Subhanahu Wataala, mendoakan agar
diberkati dan mendapat perlindungan Allah Subhanahu Wataala. Amin Ya
Rabbal-’Aalamin.
Firman Allah Subhanahu
Wataala dalam Surah Al Furqaan, ayat 74:
Tafsirnya:
Dan juga mereka yang diredhai
Allah itu ialah orang-orang yang berdoa dengan berkata: “Wahai tuhan kami,
anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan zuriat keturunan kami,
perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan menjadikan kami imam ikutan
bagi orang-orang yang mahu bertakwa.
So, kat cne sy tak tau lah nak cakap panjang lebar sebab sy
pun belum ade pengalaman berkahwin ne. pengalaman mimpi kawen adela..heheh..^_^
xpe kan, sebab tu pun mainan tidur je pun.
P/S: pada kawan2, sahabat or teman, yang ingin berkahwin, yg
dh kahwin yang belum berkahwin, sy doakan moga kalian berbahagia slalu, &
dapat jodoh yang baik.
In sha ALLAH.
I LOVE U ALL (ASTAQU YA HABIBATI, YA UKHTI, YA AKHI)