Pengikut


Isnin, 24 Oktober 2011

AKU-KAWAN-SKOLAH & CINTA 1

Dari jauh kelihatan Ain sedang berjalan menuju ke rumah tempat kami tinggal yang kami panggil 'berek'. berek  ni pula bukan aku dan Ain sahaja yang mendiaminya tapi ramai lagi.walaupun kecik, tapi ramai pula pelajar di suruh tinggal kat tempat tu. kononnya pelajar yang tinggal kat situ adalah pelajar yang baik akhlaknya, termasukla aku ngan geng-geng aku. Sebab ape, berek ne dekat ngan asrama pelajar lelaki.So, sebab tu la cikgu pilih orang-orang "baik" aje.heheh...tapi..huhu..Tuhan aje yang tahu. kitorang tak kisah sangat duk bersempit kat situ sebab tempat tu agak strategik la jugak. Salah satunye, berek ne dekat ngan kelas. Lagipun kat asrama pompuan tu bukan selesa sangat pun..2x5 gak sempit..kiranya lagi baik la duk berek ne.
 Sesampai saja Ain di depan pagar..
"Nah, surat..dari org biase lah.." Ain tersenyum-senyum sambil menyerahkan sepucuk surat tanpa sampul kepadaku.
Tanpa berlengah lg aku mengambil surat tersebut lalu mengucapkan terima kasih kepada Ain. Aku dan Ain berlalu masuk ke dalam rumah. Aku terus duduk bersandarkan almari memandangkan waktu tu takde katil, so kitorang semua tido kat lantai beralaskan tilam je.Tapi best. Masa tu darurat juga la skolah kitorang sebab ramai intake tahun tu. 
Tanpa membuang masa aku membuka surat yang hanya di salotep tu..heheh..isinye kurang lebih macam ne la..

   Assalammualaikum...
  Hye, awak ape kaba? sy kat cne alhamdulillah la..chat walafiat. awak tengah buat ape tu?   sy rindu la kat awak..even 1 skolah, kelas bersebelahan pun kte jarang sangat nak jumpe. sy nak tanye ne..harap awak x marah la ye..semalam waktu kelas, sy tengok awak tengah jalan kat beranda luar kelas.. mata awak merah, jalan pun laju je turun tangga..awak knape? awak nangis ke?kalo nangis.. sape yang buat awak nangis? ker sye? tapi kite pun jarang nak jumpe macamane pulak sy pulak yang buat awak nangis kan..maaf la sebab banyak tanya..sy risau sangat ngan awak. kalau tak keberatan, nanti citer la kat sy ek..tapi sy x paksa pon kalo awak x nak share ngan sy..hurmm..ne sy nak bgtau, kalo awak free sabtu ne sy nak jumpe awak.petang.tempat..mm, kelas sebelah taman sains tu.ade hal nak bgtau..kat surat ne x best la..x ckp depan2x..kalo dah decice bg tau kat sy ek.k ne aje dulu..sy tulis ne pun time kelas BM.boring sangat..tu la pasal..hee..daa..take k.

Ur luv,
-MIHAR-

Selesai baca surat tu, lantas aku melipatnya kembali. Dalam hati aku tertanye-tanye ape plak die nak ckp kat aku ne??? ah..sudah lah..mls nak pikir dulu...aku tersenyum seketika..
"e..eh budak ne senyum x bawak org pun.." nyzah menyakat aku.
"hahaha..senyum pun kene ajak ke?"..aku membalas kembali..
"ye lah tu..bahagia lah engkau..surat pakwe la tu.." nyzah ingin tahu.
"no komen, hee" aku slumber aje cakap macam tu..malas nak layan.nanti mesti panjang pulak citer ne.

Waktu petang.Selepas makan.Macam biasa aku dan kawan-kawan pergi ke surau untuk berjemaah maghrib dan isyak  bersama.dan seperti biasa jugak sebelum maghrib, aku ngan geng-geng akan pergi ke taman depan blok pentadbiran sekadar nak berbual-bual sementara menunggu masuk waktu maghrib. Kadang sempat pulak telefon mak kat kampung. Sebab kat situ ada telefon awam.Telefon tu la tempat di mana pelajar berebut-rebut nak telefon mama lah, bapalah, boyfren lah..girlfren lah..and yang sewaktu dengannye..tengah-tengah berbual ngan kawan kat pondok lepau ilmu bersebelahan dengan pejabat kerani...sekumpulan pelajar lelaki melintas.tetiba..ternampak pulak c Mihar ne di antara sekumpulan pelajar itu..dan secara x sengaja kami berpandangan sesama sendiri..lalu kedengaran suara orang berdehem nakal..
"hmm..hmmm..."
"udah-udah ler tu.."..suara 1 lagi kedengaran dari kalangan budak lelaki itu.
"alamak..malu giler.." hatiku bersuara.
"huhu..muke orang tu dah merah kut...."amal antara kawan yang rapat denganku mula menyakat..

Aku diam. Namun x sampai pun seminit Mihar mendekati ku dan duduk di sebelah ku tanpa dipelawa.. 
"budak ne knpe plak smpai pegi cne..aduhai.."aku merungut dalam hati.
"assalam, maaf mengganggu.."sapa Mihar.
"ee..eh x ade lah..kitorang dok bual kosong aje ne.." jawab nurul.
Mihar senyum.tapi aku tetap diam.Mihar mengalih pandangan tepat ke muka ku..
"awak, nape? muke tu merah.malu ek?..ah diorang tu memang macam tu.."Mihar memulakan perbualan denganku sementara kawan-kawannya sudah beredar menuju ke taman PIBG di hadapan pejabat bilik guru.manakala kawan-kawan aku pula berbual sesama sendiri..
"hmm..xlah.err..awak knpe sampai dtg sini?.." aku bertanya bagai orang bodoh.
"tak boleh ker?..sje je sebab dh lme x bual ngn awak..hmm, surat yang sy kirim utk awak kat ain dah bca?" Mihar bertanya lg..
"dah." jawab ku ringkas.
"so?.." tnya Mihar.
"mm..free la jugak..tp tengok la..kalau sy dtg ada ler tu..kalau x phm2x je lah.."jwbku slumber bagai x ada perasaan langsung.
"Hmm..mcm x sudi aje lagak  bunyi.." balas mihar.
"Bukan macam tu..hmm..tak apelah len kali sambung g eyh..dh nak msuk waktu..jom g surau same.." ajak ku.
"Hmm..yelah.."jwb Mihar x puas hati tapi tetap mengikut.
"Jom.." kataku sepatah kepada kwn2 di sebelah sambil menunjuk jam tangan. 
Mereka faham apa yang aku cuba sampaikan lalu masing-masing memulakan langkah menuju ke surau. aku melangkah seiringan dengan Mihar menuju ke surau dan berpisah di belakang surau dimana tempat tersebut adalah tempat wudhuk perempuan dan tempat wudhuk lelaki pulak di bahagian hadapan.kemudian aku terus mengambil wudhuk dan terus masuk ke surau untuk solat bersama.

Selesai solat, aku dan kwn2 serta pelajar perempuan lain akan pergi ke dewan untuk "study". pada pukul 9.30 mlm barulah habis waktu study malam.lepas tu akan ada supper plak.tapi aku ngan kengkawan biasanya tak supper dan terus blik berek.waktu supper ne lah ramai pasangan yang akan melepaskan rindu kononnya la..tapi slalunye x lame drama tu sebab akan datang la warden bertugas malam tu..so ape lg..kadang bertempiaran lari la pasangan2x tu macam Tsunami la plak.heheh..pempuan ok la sebab asrama depan dewan tu aje.zupppp!!! lari dah sampai pun.hee..p lelaki la slalu kantoi..heheh.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan