Pertama
‘Ayahnya’ - Apabila seseorang yang
bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak
memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, membaca Al-Quran dan
sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak
cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik
oleh anaknya.
Kedua
‘Suaminya’ – Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk
isterinya. Suami berdiam diri apabila isterinya bergaul bebas di pejabat,
memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yang
bukan mahram. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak
tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya ke neraka.
Ketiga
‘Abang-abangnya’ – Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah
wanita jatuh kepada abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya
sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah
tarikan adiknya di akhirat.
Keempat
‘ Anak Lelakinya’ – Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal
kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan
dipertangungjawabkan diakhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat betapa
hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya
begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak
harus memainkan peranan mereka yang sebenar. Firman ALLAH S.W.T. :
” Hai anak adam
peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan
pembakarnya ialah manusia dan batu-batu..”
Hai wanita, kasihankan ayah
anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda. Kasihankanlah
mereka dan juga diri kamu sendiri. Jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan
bersungguh-sungguh dengan penuh ikhlas.
Akhir kata, marilah kita
berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana
pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.
Semoga kita semua tergolong
dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.
Wallahualam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan