Pengikut


Jumaat, 16 Disember 2011

4 Golongan Lelaki Ke Neraka



Pertama

Ayahnya - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, membaca Al-Quran dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua

‘Suaminya Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Suami berdiam diri apabila isterinya bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya ke neraka.

Ketiga

‘Abang-abangnya’ – Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepada abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat

Anak Lelakinya’ – Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar. Firman ALLAH S.W.T. :
” Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu..”
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda. Kasihankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri. Jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dengan penuh ikhlas.
Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.
Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.

Wallahualam..

Jumaat, 9 Disember 2011

Cinta sebelum kahwin



Kalau benar cinta kepada pasangan kamu, maka kamu akan menjaga diri kamu dari laranganNya. Kamu tidak akan melempar pasangan kamu ke neraka dengan mengajaknya bermaksiat kepada Allah SWT.
Kalau kamu benar cinta, kamu akan meminta petunjuk Allah dan berkira-kira. Kamu akan list pro dan kontra serta muhasabah kembali perasaan yang hadir di dalam diri kamu. Kemudian bila benar-benar sudah tetap hatinya, lanjutkan dengan lamaran tanda kamu benar-benar serius. Yang lelaki boleh terus kepada keluarganya, yang perempuan boleh menghantar wakil untuk bertanyakan lelakinya.
Tapi pastikan kamu benar-benar siap. Bukan istikharah semata-mata. Tetapi ada perancangannya juga. Perancangan dunia kamu, dan perancangan akhirat kamu. Ini kalau kamu benar-benar cinta.
Kamu berhubungan atas perkara yang sangat-sangat-sangat penting sahaja dan kamu tidak berlengah-lengah dalam meninggalkannya ketika urusan selesai.
Untuk lelaki, kamu bina hubungan yang erat dengan kedua ibu bapanya, dan adik beradik lelakinya, untuk berta’aruf dengannya.
Untuk perempuan, kamu bina hubungan yang erat dengan ibunya dan adik beradik perempuanya, serta saudara mara perempuan yang dia ada untuk berta’aruf dengannya.
Kamu siapkan diri kamu untuk menjadi suami@isteri yang baik untuk pasangan kamu. Kamu tekankan pada diri kamu untuk lakukan perubahan dengan memandang bahawa kamu mesti hendak membahagiakan pasangan kamu sebahagia-bahagianya. Dan apakah yang lebih bahagia dari mendapat keredhaan Allah dan masuk ke syurga bersama-sama?
Dan pantaskan urusan perkahwinan kamu. Jatuhkan dengan segera perkara-perkara yang menghalang perkahwinan kamu dari berlangsung dengan cepat. Itu satu tanda cinta.
Kalau kamu tanya akan cinta aku.
Maka cinta aku begitulah....

Sabtu, 26 November 2011

Di mana kegagahan & kecantikan anda???




Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki??
Inilah Ciri-Cirinya….
1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…


Dan dimana Kegagahan Wanita?

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.
Ciri-Ciri Wanita yang gagah adalah…
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:
“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”
Surah Al-Ahzab : Ayat 71
“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

WANITA


Beruntungnya seorang wanita…
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari
Cuti ini bukan cuti suka hati
Tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…
Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
Jadi kenapa perlu takut nak beranak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
Mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
Tetapi dosa-dosa suami dia tidak menanggungnya…
Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari…
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. Ganjaran Allah akan diberi keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat    
Dia tidak mahu masuk syuga tanpa suaminya,
Jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk melepasi titian untuk masuk ke syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami 
Dia tak akan dapat pahala extra ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak
kaki.
Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu (lelaki) , lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
Oleh itu wanita sekalian, sayangilah diri anda dan Suami anda…


Jumaat, 18 November 2011

Santubong resort

Hai,...Assalam.
Hmm..lamenye x update something..huhu..al-maklum lah..bzy sgt kebelakangan ne. dgn assignment la..exam la..interview la..haah..mcm2x la..kite cuti pun mcm rse x cuti pun.cuti ngan assigment..kem..n yang sama waktu dgn nya...abis 1, ade lg 1 menunggu plak..alahai...hmm, anyway tu memang lumrah seorang pelajar..x sah kalau tak di selubungi dengan semua tu..& kene ingat juga 1 pesanan mama ngn abah.."hanya kau satunya2x harapan"..huh!! smgat balik..heheh..
 hurmm...ne nak kongsi something...
Ne..santubong resort,kuching.

kat sini la kitorang kem.."kem gemilang(AL-FALLAH) zon sarawak.
mule, memang pelik gak kem kat
tempat camne..sebelum ne sebut je kem
mesti ingat jungle tracking la..hutan la..
sekolah..& yang sama waktu dengannya lah..
tapi berbeza ckit dengan yang ne..

sebelum datang & jalani kem ne..memang banyak
tanda tanya..
tapi bila kem dah mule..
jeng..jeng..jeng...
baru tau kem ne hampir sama mcm
kuliah kat U.
ade perbincangan kumpulan..
majoriti hal2x berkaitan negara lah..
ekonomi, sejarah,isu-isu semasa & perlembagaan.
sebelum ne x kesah sangat pun pasal perlembagaan.
p dah join kem ne byk input pasal tu.
best jugak la..
slide sampai 100 lebih..huh!!! letih duk tengok
orang yang tengah bentang slide tu.
msa pun dh terlebih..slalu kat kuliah plg byk pun 40 lbh
slide untuk 2 jam..ne 100 lebih..
alahai mane x nye tengok org tepi, depan, blakang
dah ade yang dibuai mimpi..
tambah2x pulak slide berkenaan sejarah..
heheheheheheh..(^_^)

kesempatan...
petang..masa riadah.

waktu ne orang lain tengah cbuk2x pertandingan antara kumpulan
kitorang bzy plak ngan snap2x..
heheheh..ne la disebut sbg "kesempatan" (^_^)


Ne la kitorang kene buat dalam game petang tu..
tapi kitorang lari p blakang ckit sebab x nak buat..
heheheheh...NAKAL..
malu lah nak buat..dah la orang ramai..eee...hee


masa makan ne terasa macam VIP bukan peserta..
heheh...
Nyum..Nyum..Nyum.....


Ne masa nak riadah..sempat jugak snap2x..heheh
riadah pagi buat lompat bintang..heheh..

last day nak blik U..heheh..

anyway..sy nak pegi santubong lagi..
best sangat kat situ..
nak tenangkan fikiran pun bleh..kat tempat tu tenang..& fresh..









Isnin, 7 November 2011

my cute garfield



Hai, korang..ape kaba hari ne?? semoga c-hat selalu.k.
sekiranya ada  sebarang tekanan melanda diri anda..
bereaksilah dengan cara menyibukkan diri kalian dengan keja-keja
kat rumah, keja skolah ataupun assigment2x yang sedia melambak belum dibuat lagi
tu.heheheh..kalau keja-keja semua ne lah yang memberikan tekanan
kepada kalian..
cube tenangkan diri dulu, tarik nafas dan hembus...
then, ape lagi bawak la layan blog kejap.hihihi..


Tengok  c garfield tu tengah jadi pelayan bergraduate..hihi
nak promote ler tu..ngegeh la garfield ne..heheh.

Alamak!! macam ade yang gado2x jerk..sabar lah
sang-sang garfield oi..
buat ape nak gado2x kat ctu? tak dok pekdah
lorh...
pegi balik kolej..suh..suh..suh..
heheh..
sah la budak garfield tersayang aku ne tengah promote..
hahah..wey garfield dok diam2x kat kolej bley tak..
jangan nakal sangat..
SUPERGARFIELD konon..
banyak la engkau..

ha..ne ape plak..huhuhu...
nak buat amal ke??
over la..
bleh ke macam tu??
alahai susahnya nak jaga diorang ne..
nakal-nakal belaka..
kain sape plak ngko rembat untuk
buat kain kat blakang ngko tu haa??
ko..jangan.....
balik nanti jage la korang ek..

Tengok diorang ne muke2 ngade..
apepun sye tetap syg korang...
I luv u all my garfield2x yg nakal..hee..

wish u all have
a happy day!!!

ameng_norct





Sabtu, 5 November 2011

SALAM DI HARI MULIA

Assalamualaikum wbt buat semua,


Pertamanya, SALAM AIDIL ADHA" buat semua sahabat blog dan pembaca atau yang slalu singgah2x tu..hihi..suke korang smua..
jom hayati jap...

‘‘Wahai Rasulullah, apakah erti korban ini?” tanya sahabat. 
‘‘Itulah sunnah daripada datukmu Ibrahim,” jawab Rasulullah. 
“Apakah keuntungan korban itu untuk kita?” tanya sahabat itu lagi. 
‘‘Setiap helai bulu haiwan korban itu merupakan satu kebaikan (hasanah),” jawab Rasulullah. 
Umat Islam di negara ini dan di seluruh dunia menyambut Hari Raya Korban (Hari Raya Haji / Hari Raya Aidiladha). Salah satu ibadah amaliah yang dilaksanakan pada sekitar Hari Raya Haji ialah ibadah korban. Melaksanakan korban (yang dalam istilah fiqhnya disebut udhiyah) adalah menyembelih haiwan ternak pada Hari Raya Aidiladha dan hari tasyrik dengan niat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
Inilah peristiwa besar yang melambangkan sejarah agama tauhid, pengorbanan yang ikhlas kerana Allah dan usaha terus menerus untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Ia merupakan amalan tradisi para nabi sejak Adam hingga Nabi Muhammad s.a.w.
Kita amat gembira melihat banyaknya kaum Muslim yang menyambut panggilan mulia ini, mengorbankan sebahagian harta atau haiwan ternak demi mengharapkan keredaan Allah s.w.t. Kita tanamkan niat murni dan ikhlas ini kerana Allah s.w.t dan usah sekali-kali ia dilakukan untuk lebih dihormati oleh masyarakat. Lebih daripada itu, berkorban itu biarlah benar-benar selaras dengan tuntutan Rasulullah s.a.w.
Apabila melakukan korban haiwan ternak sebagai ritual keagamaan dilakukan pada hari-hari tertentu pada bulan korban / haji, maka segala bentuk pengorbanan yang dilakukan oleh umat Islam pada hari-hari yang lain juga dapat disebut pengorbanan apabila disertai oleh ketakwaan kepada Allah s.w.t. Sikap itulah yang akan membezakan daripada pengorbanan lain yang dilakukan demi kekasih, demi keluarga dan bangsa yang belum tentu diredai oleh Allah.
SELAMAT BERAMAL IBADAH YE..