Ahad, 1 Januari 2012
Jumaat, 16 Disember 2011
4 Golongan Lelaki Ke Neraka
Pertama
‘Ayahnya’ - Apabila seseorang yang
bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak
memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, membaca Al-Quran dan
sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak
cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik
oleh anaknya.
Kedua
‘Suaminya’ – Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk
isterinya. Suami berdiam diri apabila isterinya bergaul bebas di pejabat,
memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yang
bukan mahram. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak
tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya ke neraka.
Ketiga
‘Abang-abangnya’ – Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah
wanita jatuh kepada abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya
sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah
tarikan adiknya di akhirat.
Keempat
‘ Anak Lelakinya’ – Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal
kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan
dipertangungjawabkan diakhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat betapa
hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya
begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak
harus memainkan peranan mereka yang sebenar. Firman ALLAH S.W.T. :
” Hai anak adam
peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan
pembakarnya ialah manusia dan batu-batu..”
Hai wanita, kasihankan ayah
anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda. Kasihankanlah
mereka dan juga diri kamu sendiri. Jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan
bersungguh-sungguh dengan penuh ikhlas.
Akhir kata, marilah kita
berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana
pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.
Semoga kita semua tergolong
dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.
Wallahualam..
Jumaat, 9 Disember 2011
Cinta sebelum kahwin
Kalau benar cinta kepada pasangan kamu, maka kamu akan menjaga
diri kamu dari laranganNya. Kamu tidak akan melempar pasangan kamu ke neraka
dengan mengajaknya bermaksiat kepada Allah SWT.
Kalau kamu benar cinta, kamu akan meminta petunjuk Allah dan
berkira-kira. Kamu akan list pro dan kontra serta muhasabah kembali perasaan
yang hadir di dalam diri kamu. Kemudian bila benar-benar sudah tetap hatinya,
lanjutkan dengan lamaran tanda kamu benar-benar serius. Yang lelaki boleh terus
kepada keluarganya, yang perempuan boleh menghantar wakil untuk bertanyakan
lelakinya.
Tapi pastikan kamu benar-benar siap. Bukan istikharah semata-mata.
Tetapi ada perancangannya juga. Perancangan dunia kamu, dan perancangan akhirat
kamu. Ini kalau kamu benar-benar cinta.
Kamu berhubungan atas perkara yang sangat-sangat-sangat penting
sahaja dan kamu tidak berlengah-lengah dalam meninggalkannya ketika urusan
selesai.
Untuk lelaki, kamu bina hubungan yang erat dengan kedua ibu
bapanya, dan adik beradik lelakinya, untuk berta’aruf dengannya.
Untuk perempuan, kamu bina hubungan yang erat dengan ibunya dan
adik beradik perempuanya, serta saudara mara perempuan yang dia ada untuk
berta’aruf dengannya.
Kamu siapkan diri kamu untuk menjadi suami@isteri yang baik untuk
pasangan kamu. Kamu tekankan pada diri kamu untuk lakukan perubahan dengan
memandang bahawa kamu mesti hendak membahagiakan pasangan kamu
sebahagia-bahagianya. Dan apakah yang lebih bahagia dari mendapat keredhaan
Allah dan masuk ke syurga bersama-sama?
Dan pantaskan urusan perkahwinan kamu. Jatuhkan dengan segera
perkara-perkara yang menghalang perkahwinan kamu dari berlangsung dengan cepat.
Itu satu tanda cinta.
Kalau kamu tanya akan cinta aku.
Maka cinta aku begitulah....
Sabtu, 26 November 2011
Di mana kegagahan & kecantikan anda???
Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki??
Inilah Ciri-Cirinya….
1) Lelaki yang mampu
mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia
menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi
madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan
lapang dada.
5) Lelaki yang sentiasa
berbaik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah
putus asa.
Kecantikan lelaki berdiri
di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah
kecantikan yang sempurna seorang lelaki…
Dan dimana Kegagahan
Wanita?
Kegagahan seorang wanita
bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.
Ciri-Ciri Wanita yang gagah
adalah…
1) Perempuan yang tahan
menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak
takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah
menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak
meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan
berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah
kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Sabda Rasulullah SAW:
“Sebarkanlah ajaranku
walaupun satu ayat ”
Surah Al-Ahzab : Ayat 71
“Nescaya Allah memperbaiki bagimu
amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati
Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang
besar.”
WANITA
Beruntungnya seorang wanita…
Tiap-tiap
bulan dia diberi cuti bergaji penuh
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari
Cuti ini bukan cuti suka hati
Tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari
Cuti ini bukan cuti suka hati
Tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…
Satu
lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
Jadi kenapa perlu takut nak beranak?
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
Jadi kenapa perlu takut nak beranak?
Marilah
kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
Mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
Tetapi dosa-dosa suami dia tidak menanggungnya…
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
Mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
Tetapi dosa-dosa suami dia tidak menanggungnya…
Di
akhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari…
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. Ganjaran Allah akan diberi keatasnya jua..
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari…
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. Ganjaran Allah akan diberi keatasnya jua..
Bila
dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat
Dia
tidak mahu masuk syuga tanpa suaminya,
Jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk melepasi titian untuk masuk ke syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami
Jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk melepasi titian untuk masuk ke syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami
Dia tak
akan dapat pahala extra ini.
Manakala
suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.
Sesungguhnya
wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak
kaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak
kaki.
Dia
dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu (lelaki) , lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
kepada kamu (lelaki) , lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
Oleh
itu wanita sekalian, sayangilah diri anda dan Suami anda…
Langgan:
Catatan (Atom)




