Pengikut


Khamis, 28 Februari 2013

About my hometown LIMBANG

Assalammualaikum semua...
gambar kat atas tu peta limbang, sarawak.

Bahagian Limbang terletak di Timur Laut Negeri Sarawak bersempadan dengan Negara Brunei di Barat, Teluk Brunei di Utara, Sabah/Kalimantan di Timur dan Daerah Baram ( Bahagian Miri) di Selatan,di tengah-tengahnya  Daerah Temburong (Negara Brunei) yang membuatkan Bahagian Limbang  berada di tengah-tengah. Limbang adalah bahagian yang ke 5 diantara ke 11 Bahagian di Negeri Sarawak. Bahagian Limbang merangkumi dua buah daerah iaitu Daerah Limbang dan  Daerah Lawas serta tiga buah daerah kecil iaituNanga MedamitSundar dan Trusan dengan keluasan kawasan seluas 7,790 km/segi. Bahagian Limbang  mempunyai Penduduk berjumlah 88,400 orang  yang terdiri daripada etnik Melayu, Kedayan, CinaIban, Bisaya, Lun Bawang, dan beberapa etnik lain. Pekerjaan utama  penduduk, seperti Bidang Pertanian, Penternakan,Perikanan dan Perniagaan.

want to know more? search here: 
(http://www.limbangrdo.sarawak.gov.my/modules/web/index.php)


 Bangunan tinggi tu pula satu2 nya bangunan yg penting di limbang di mana terletaknya pusat pentadbiran seperti pejabat daerah, pejabat residen dan banyak lagi serta termasuklah kedai2 tempat membeli belah..so, kesimpulanya, nak buat urusan formal or x formal kat bangunan ne je.x yah g jauh2..hee...x lah penat sangat nak jalan...

 gambar ni plak, pemandangan waktu malam bandar Limbang...mm, cantik juga..kat seberang sungai tu rumah penduduk kampung seberang kedai..       :-)..lagi senang nak g bandar..dekat je kan.


 Kalau yang ni, gambar kerbau lah kan..he..actually kat Limbang terkenal dengan PESTA BABULANG yang mana kaum majoriti yang handle pesta ni ialah kaum bisaya..tapi kaum lain pun ikut juga sambut la..sebab lumba kerbau je pun..hee...Pesta 'babulang' adalah satu perayaan tradisi yg terbilang bagi kaum Bisaya, iaitu 1 suku kaum yg kecil & hanya terdapat di Limbang, Sarawak. Pesta ini diadakan utk memastikan kebudayaan & tradisi zaman silam kaum bisaya tdk lenyap ditelan zaman.

ni antara yang dah berlangsung:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0713&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_02.htm

 Ratu cantik bisaya yang turut diadakan semasa pesta tersebut


ha, macam ni la orang lumba kerbau..ala2 lumba kuda gitu.





 Ni pulak pesta limbang..bila adanya pesta limbang iaitu biasanya sekali setahun, so, ade la "lumba kayuh" ni..dorang lumba gune sampan panjang tu..


Bangunan tu bangunan Limbang Plaza yang lama...skarang dh warna warni macam gambar kat atas tadi.

Ni museum kecik comel Limbang


Gambar kat bawah ni adalah Taman Tasik Bukit Mas Limbang..
tempat ni best untuk beriadah 



Gambar seterusnya pula ialah gambar taman rekreasi Bukit Hitam Limbang..
air kat cni sejuk..best..


Apa2 pun kat gambar2 kat atas tu serba sedikit tentang Limbang..

Tapi bagi sy la...
Limbang best sebab di tengah2 Brunei.
dekat je kut luar negara.
x yah g jauh2 pun.

that's all for today lah..he...Assalam.
"jazakallah Khairan Kasiran"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan