Pengikut

Sabtu, 15 Disember 2012

Kata-kata hikmah


Kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang....tetapi manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Oleh itu kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh...

Tiada apa yang paling berharga di dunia ini selain dari kebahagiaan..tiada apa yang paling memilukan selain dari kesedihan. 

 Barangsiapa yang mendedahkan walau sehelai bulu romanya(auratnya), sesungguhnya dia telah membina sebuah mahligai untuk ibubapanya di NERAKA...

Disiplin adalah ramuan tersembunyi di mana menukar seseorang yang biasa kepada orang yang penting

Meninggi suara merendahkan kuasa. Orang yang berlagak sahaja yang pandai berkata-kata. Orang yang bijak sentiasa mendengar dahulu.

Tuhan manciptakan kita 2 mata untuk melihat, 2 tangan untuk memegang, 2 kaki untuk berjalan tetapi Tuhan hanya mencipta sekeping hati??? kerana Tuhan mengamanahkan kepadad kita untuk mencari yang 1 lagi.

MINDA KECIL berbicara tentang MANUSIA
MINDA SEDERHANA berbicara berkaitan PERISTIWA
MINDA BESAR berbicara tentang IDEA

Jatuh kita pada hari ini bukan untuk mematahkan semangat dan harapan tapi pendorong kita dihari kemudian.

Orang yang sering tidak mempercayai orang lain, dia sendiri tidak boleh dipercayai.

Sesungguhnya siang yang menjelma itu lebih baik dari malam yang gelap. Cari seberapa banyak Hikmah yang ada di siang hari . Jika inginkan sesuatu pastikan ianya menjadi kenyatanan yang akan dikenang buat selamanya.

Cinta Agung hanya dari Allah S.W.T.

Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita Cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa

Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

"Hidup umpama aiskrim.Nikmatilah ia sebelum cair"

JIKA ANDA BERSAHABAT BERSIAPLAH UNTUK BERKORBAN
DEMI SAHABAT ANDA TERSEBUT, JIKA ANDA BERMUSUHAN DENGAN SAHABAT ANDA BERSIAPLAH UNTUK MENGALAH DEMI PERSAHABATAN KALIAN.

Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci;Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

" USAH DITURUTI REAKSI EMOSI, LANTARAN IMPLIKASI TAK SERASI DENGAN APA YANG DIIMAGINASI "

WANITA/PEREMPUAN DICIPTAKAN BUKAN DARIPADA TULANG RUSUK ATAS UNTUK MEMERINTAH, BUKAN DARIPADA RUSUK BAWAH UNTUK DIPIJAK, TETAPI TERLETAKNYA RUSUK ITU DI BAHAGIAN DADADAN BERDEKATAN DENGAN TANGAN BERMAKNA TANGAN YANG MEMBELAI DAN HATI YANG MEMPUNYAI PERASAAN DAN KASIH SAYANG.

" Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."


Tiada ulasan:

Catat Ulasan