Pengikut

Selasa, 25 Oktober 2011

AKU-KAWAN-SEKOLAH & CINTA 2



Keesokan harinya seperti biasa juga...

"Aira..aira..bgn la..cepat p mandi..kat luar tu ade ramai lg budak nak mandi..nanti die amik port kite lmbt pulak p skolah.." Ana sepupu aku yang tinggal se "berek" dengan aku mengejutkan aku untuk mandi.
Tanpa sepatah kata aku bangun lalu mencapai tuala yang ku sangkutkan kat cermin dan terus melangkah.
"alamak!" jeritku kecil kerana terpijak tangan seseorang yang tengah nyenyak tidur.
Dalam keadaan yang masih gelap aku melihat budak tadi hanya bergerak sedikit  dan kembali menyambung tidurnya.
"alhamdulillah.." ucapku dalam hati.

Bukan apa, dek kerana ramai, kami terpaksa tidur seperti di dalam khemah tentera dimana langsung tak ada ruang untuk berjalan. Jadi, tak heran la kalau ada yang terpijak rambut ke, kaki ke..atau yang sewaktu dengannya.
"macam kat sempadan Brunei la plak kena Q ne.."ujarku dalam hati apabila melihat ramai yang sedang menuggu giliran untuk mandi kerana takut terlewat untuk pergi ke sekolah. Aku terus melangkah ke tempat yang kononnya telah di BOOK memang untuk aku dan kawan-kawan aku.
Selesai mandi, bersiap dan bersarapan pagi, aku dan kawan pergi ke kelas masing-masing. Aku dan nyzah dan nurul melangkah menuju ke kelas 5 bestari kerana kami berada di kelas yang sama. Sementara amal pula kelas 5 amanah yang hanya bersebelahan dengan kelasku. memandangkan hari itu adalah hari selasa, maka pagi itu akan ada perhimpunan sekolah. 
"nyzah, nak pinjam pemotong kuku ade x?" tanya ku kelam kabut apabila melihat kuku ku panjang kerana pelajar yang didapati menyimpan kuku panjang akan diberi dimerit.
"nah, nasib baik aku ade bawak tadi.." nyzah menghulurkan pemotong kuku kepadaku. tanpa membuang masa aku memotong kuku jari ku satu persatu.Tidak lama kemudian kedengaran bunyi siren menandakan semua pelajar haruslah berbaris di luar kelas untuk turun ke tapak perhimpunan.bab2 turun ke tapak perhimpunan ne yang aku malas sikit sebab malu nak jalan depan budak2 lelaki. pelajar perempuan berbaris kat belakang pelajar lelaki, jadi memandangkan kelas 5 bestari kat atas, terpaksa la turun melalui tangga hadapan dan berjalan melintasi pelajar lelaki untuk ke bahagian belakang.
selepas perhimpunan, kami masuk ke kelas masing-masing dan sebelum itu akan ada pengawas mengawasi di setiap lorong jalan untuk menahan sesiapa sahaj pelajar yang melanggar peraturan. akan ada pelajar yang di tahan setiap kali tamat perhimpunan. ada yang tak pakai stokin la, rambut panjang la..(lelaki) dan ada juga yang ditahan sebab kuku panjang.Sebab tu la aku cepat2 nak potong kuku sebelum perhimpunan. lepas ne siap la pelajar-pelajar yang ditahan tu dengan ceramah guru disiplin kitorang ditambah pula dengan hukuman rotan.huhu...sakitt dowwwhhh..

"good morning miss"...ucap kami sekelas kepada cikgu Ena yang baru saja masuk untuk mengajar mata pelajaran matematik.
"morning, sit down"..balasnya.

sesi pembelajaran berterusan hinggalah pukul 12.40 PM. pelajar berlumba-lumba untuk pulang ke rumah bagi yang tinggal di luar dan balik ke asrama bagi yang tinggal di asrama. tidak ketinggalan aku dan kawan-kawan. Sesampai di berek, kitorang terus blah ke dewan makan kerana perut sudah menyanyikan lagu pop rock tanda minta diisi. Sesampai di dewan makan, kami mengambil tray dan berbaris untuk mengambil makanan. sedang berbaris....
dup..dap..dup..dap.. hatiku berdegup
patut pun..Mihar tengah merenung tajam ke arah ku..
ada ke patut tengah nak ambil makanan pun die tengok macam nak makan aku aje lagaknya. Dah la aku ne budak pemalu.alahai...kalau ada yang perasan gerenti aku dah jadi bahan ejekan kawan2 ku. Dek kerana malu, aku cepat-cepat melangkah ke meja makan di bahagian hujung sekali selepas mengambil makanan. biar c Mihar tu susah nak tengok aku.Tengok orang macam nak telan hidup-hidup pulak tu.mana la aku tak takut.
"eh, jauh nye kau pilih tempat ne.." amal bersuara.
"saje je tukar angin.."jawab ku acuh tak acuh.
"lain bena bunyi nye tu..kau knpe?"..tnya amal lagi..
"ah..x ade la..kat sini je yang nampk strategik sikit hari ne." balasku lagi.

Amal terus diam. Makanan yang ada di depan mata di lahap hingga nampak bunga tray...heheh.maksudnye abis la tu. Masing-masing kekenyangan. selesai mencuci tray aku n the geng melangkah semula ke berek untuk berehat seketika sebelum pergi ke kelas semula untuk kelas tambahan.

Seminggu kemudian...

Hari sabtu dimana hari Mihar ingin bertemu dengan aku pun tiba.Pada waktu petang yang tenang dan damai itu aku berjalan ke bahagian blok kelas bersama dengan Amal. Tiba di satu simpang aku membelok ke kiri manakala Amal ke kanan. Asri   yang kononnya pada masa tu adalah gerek c Amal ne yang nak sangat jumpa buah hati dia c Amal tu. jadi, secara tak sengaja hari "date" pun sama.
 Sesampai di kelas 5 emas yang bersebelahan dengan taman sains, aku ternampak Mihar tenang menuggu di meja guru dengan sebuah senyuman.

"assalammualaikum.dh lame tggu ke?." sapa ku.
"waalaikumussalam.wbt. x lah.dalam 5 minit je."balas Mihar.

Aku mengambil tempat duduk di meja pelajar yang paling hadapan. tapi masih jauh dari tempat Mihar duduk. Mihar menagmbil kerusi lalu duduk di hadapan meja tempat ku duduk. aku hanya memerhati tingkahnya dengan ekor mata ku. Mihar lantas duduk dengan senyuman meleret dan memandang tepat ke anak mata ku. aku jadi gelabah seketika.

"hmm, apa yg awak nak bagitau kat sy ari tu, konon benda tu x best nak citer kat surat..so citer la skang.."tnyaku sedikit gugup tanpa memandang Mihar.
"mm,..tak la penting sangat..sy cuma nak tanya pasal budak Afil tu..die macam syok je ngan awak.awak ade pape ke ngan budak tu?"..

Pertanyaan Mihar sedikit membuat aku terperanjat. Aku memalingkan muka ku ke luar apabila Mihar masih melemparkn pandangannya ke muka ku.

"ape plak kene mgenenye aku ngan budak Afil tu..bercakap pun jarang dengan budak tu, setakat sama kelas untuk pendidikan islam aje tak bermakne aku ade affair plak ngn budak tu..awak ne macam2 lah.sape plak yang sebar news ne kat awak?awak cemburu ke?.."terangku lalu menanya kembali.  
"betul ke ni? mm, sy cemburu sangat sebab selalu je dengar nama awak jadi bahan gosip dengan budak tu kat asrama kitorang..abis tu knape plak bleh smpai timbul gosip tu..?" Mihar bertanya bagai anak yang tidak puas hati.
"ala..tu sekadar gosip aje lah..awak nak percaya benda tu buat ape?..budak tu ada cakap dia kirim salam aje..tapi tu pun dah tersebar kat kawan2 die..tak tau plak kat asrama korang pun tersebar.."terangku lagi.
"mm.." Mihar sekadar mengeluh.
"awak tak pecaye kat sy ke Mihar?..awak dah kenal sy lame kan?" tanya ku tidak berpuas hati.
"bukan macam tu..tapi kadang dengar gosip tu buat sy betul2 cemburu..ye lah, awak byk peminat sebab tu la jd macam ne.." ulas Mihar perlahan.
"awak tak perlu la pikir sangat hal ne..tak de maknenye nk dipikirkan.bukan betul pun.study jangan tinggal sudah..."kataku sedikit memujuk.
"mm..ye.sy pecaye kat awak.."lantas Mihar tersenyum senang.

Selepas beberapa minit berbual, aku dan Mihar melangkah keluar dari kelas tersebut. Belum pun sampai melangkah longkang kecil di belakang bilik Muzik, aku dan Mihar ternampak cikgu Nuleb datang dari tempat pejalan kaki berbumbung. mihar yang berjalan mendahuluiku kembali berjalan ke arahku. Cikgu Nuleb perasan bahawa kami ada di situ.Aku yang tak pernah-pernah nak buat hal kat sekolah ne menjadi gelabah.sempat pulak waktu darurat tu Mihar memberitahu bahawa muka aku pucat.memang la..sapa tak takut ditangkap guru lepas tu banyak pula prosedur kat bilik warden nanti. Aku, Mihar dan Cikgu Nuleb seperti kanak2x yang bermain sorok-sorok.berlari ke kiri dan ke kanan supaya cikgu tidak dapat menangkap. nasib baik la bangunan tu senang nak menyorok. Akhirnya cikgu Nuleb mengalah dan melepaskan kami begitu sahaja.

"alhamdulillah.."ucapku perlahan.
"nampak sangat awak takut" Mihar membuka kembali perbualan  semasa dalam perjalanan untuk balik ke tempat masing-masing.
"mm.huh.." aku hanya mengeluh kecil..di hati masih laju jantungku berdegup bagaikan tidak mahu reda.
























Tiada ulasan:

Catat Ulasan